You are here: Home News & Events Press Releases Malam Santapan Amal YAYASAN NUR KARANGKRAF KUMPUL DANA RM 200,000 - Nur Magazine 13-Dec-2011

MBG Fruit Shop


Malam Santapan Amal YAYASAN NUR KARANGKRAF KUMPUL DANA RM 200,000 - Nur Magazine 13-Dec-2011

"Bantu Kami Membantu Mereka, selaras dengan matlamatnya Yayasan Nur-Karangkraf Malaysia berjaya mengumpul dana sebanyak RM 200,000 dalam majlis Malam Santapan Amal yang berlangsung buat kali kedua, di Pusat Konvensyen Shah Alam. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, isteri-isteri yang teraniaya, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.



Menepati tujuan majlis wakil daripada lima buah rumah anak yatim dan kebajikan telah dijemput bagi rnenerima sumbangan iaitu wakil dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin, Parit, Perak, Rumah PenyayangWadi Sakinah, Merbok, Kedah, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Umu Sabariah, Sik, Kedah, Rumah Amal Kasih Bestari, Shah Alam, Selangor dan Rumah Lindungan Kasih, Tampin Negeri Sembilan.

Hasil sumbangan adalah daripada pelbagai pihak dan penaja iaitu dari Tekun Nasional, Segi College, MAA Takaful Bhd, Zeflin Suzana Enterprise, Amanah Saham Mara Bhd dan Butik Sireh
Pinang. Majlis buat kali kedua ini juga mendapat perkenan dan disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku NurZahirah. Di antara tetamu kehormat yang hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.


Pelbagai sumbangan

Kemuncak majlis malam itu menyaksikan Karangkraf Peduli Iqra' iaitu salah satu daripada lima buah teras Yayasan Nur Karangkraf Malaysia rnenerima sumbangan sebanyak RM 3Juta daripada Kumpulan Media Karangkraf. Sumbangan ini dimasukkan ke dalam Dana Pendidikan Karangkraf di bawah Program Biasiswa Karangkraf.

Program ini bertujuan membantu pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM serta memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Sehingga kini seramai 200 pelajar telah mendapat manfaat daripada Program Biasiswa Karangkraf dan mereka ditempatkan di Kolej SEGI UNIRAZAK dan UNISEL Para pelajar ini menerima pembiayaan sepenuhnya yuran pengajian bagi program diploma dan Ijazah Pertama Replika cek disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku NurZahirah kepada Pengerusi Yayasan Nur Karangkraf iaitu Datuk Dr Hj Hussamuddin Yaacub.

Menurut Datuk Dr Hj Hussamuddin Peduli Iqra turut melibatkan satu program latihan kemahiran dalaman Skim Perantisan Sistemaik SPS dengan anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf
Ultimate PrintSdn Bhd (UPSB). Program kemahiran untuk operator pengeluaran ini telah mendapat pentauliahan daripada Kementerian Sumber Manusia yang memberi kelayakan kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Karangkraf Peduli Iqra juga turut menyumbang bahan bacaan untuk perpustakaan sekolah dan asrama perpustakaan komuniti hospital klinik dan rumah-rumah kebajikan. Pada malam itu juga Yayasan Nur Karangkraf juga turut menerima RM350,000 hasil daripada sebahagian penjualan majalah NUR. Di bawah Karangkraf Peduli Duafa pula Yayasan NurKarangkraftelah berjaya
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti Bengkel Motivasi Pelajar, Bengkel Kemahiran dan Kraftangan, Seminar Undang-undang dan pelbagai program berkaitan kebajikan serta pendidikan. Pada malam itu, Yayasan Nur Karangkraf turut menyampaikan sumbangan bernilai RM250,000 kepada Karangkraf Peduli Duafa untuk menjalankan aktiviti sepanjang tahun.

Bagi membantu usaha kerajaan membanteras gejala rasuah Karangkraf Peduli Jujur turut mengadakan pelbagai kempen dan seminar bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya rasuah yang mampu merosakkan intergriti setiap individu. Kempen ini mendapat sokongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Grup Majalah Karangkraf dan akhbar Sinar Harian tambah Datuk Dr Hj Hussamddin dalam ucapannya. Di samping itu dua teras lain dalam Yayasan Nur Karangkraf iaitu Karangkraf Peduli Alam dan juga Karangkraf Peduli Muafakatia turut memainkan peranan dalam mendidik masyarakat tentang kebersihan alam sekitar dan perpaduan masyarakat sejagat. Ini adalah sebagai satu usaha Yayasan Nur Karanqkraf Malaysia terhadap konsep Satu Malaysia.

Penyeri majlis

Atur cara yang berlangsung penuh gemilang di pusat konvensyen Shah Alam pada malam itu turut menyaksikan persembahan tarian yang hebat daripada penari-penari cilik dari Kumpulan Tarian Masyur Budaya SK Puncak Alam. 2 Para hadirin juga turut disajikan dengan persembahan multimedia yang merangkumi aktiviti Yayasan Nur Karangkraf Malaysia. Lebih menyerikan majlis ialah pertunjukan fesyen dan busana muslim dari Naini Kefli Pearl Haya dan Butik Sireh Pinang serta persembahan dua orang penyanyi tersohor tanah air iaitu Suhaimi Meor Hassan dan Ning Baizura Setinggi penghargaan kepada semua turut terlibat menjayakan majlis ini dan sejutaterima kasih kepada penaja iaitu Naini Kifli Pearl Haya Rafflesia, K Design Collection, Astana Jentayu Flower Etc, Dilla's Delli, Do Re Mi Jus, Jambu PakCu916, MBG Fruitshop, Chocolate Graphics, Adabi Dunia Herbs, Zealova Beauty dan Wipro Unza (M) Sdn Bhd.

 

Published by: Nur Magazine
Date: 13-Dec-2011

 

 

Facebook Like Us



Press Release